..Selamat Datang Ke Blog Rasmi PPKI SK Rancha-Rancha, WP Labuan.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Monday, 4 February 2013

MINGGU PENGURUSAN DIRI


Tarikh    : 04-08 Februari 2013
Tempat  : Kelas PPKI, SK Rancha-Rancha, WP Labuan
Sasaran : Murid-murid PPKI SKRR (16 orang)

Objektif :
1. Membimbing murid berpakaian dengan betul.
2. Menggalakkan murid berpakaian dengan bersih dan kemas.
3. Memberi pendedahan tentang penjagaan tubuh badan seperti gigi dan kuku.
4. Menggalakkan murid berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah.

Tentatif Program :

TARIKH
AKTIVITI
04.02.2013
Isnin

·         Perhimpunan pagi.
·         Perasmian Minggu Pengurusan Diri.
·         Pemeriksaan kuku.
·         Aktiviti memberus gigi.
·         Tayangan Video tentang pengurusan diri.

05.02.2013
Selasa
·         Pemeriksaan kuku.
·         Pendidkan Muzik ~ Lagu-lagu tentang pengurusan diri.
·         Pengenalan kepada pakaian (uniform sekolah, pakaian pendidikan jasmani, pakaian unit beruniform serta pakaian pengawas).
·         Aktiviti memberus gigi.
·         Sesi latihan ~ Sebut dan Padan, tunjuk dan sebut serta surih perkataan.
·         Mewarna gambar.
·         Pendedahan tatacara sebelum, semasa dan selepas makan.
·         Tunjuk cara mencuci tangan, mencuci muka dan menggunakan tandas.

06.02.2013
Rabu

·         Pemeriksaan kuku.
·         Pengenalan tentang disiplin dan peraturan sekolah.
·         Pertandingan bercerita berpandu.
·         Simulasi memakai baju dan mengikat kasut.
·         Membimbing murid minum dan makan dengan betul.
·         Kelas dan Bilik Urus Diri ceria.
·         Pertandingan membina BBM.

07.02.2013
Khamis
Slot Program bersama Klinik Kesihatan WP Labuan (Pergigian).
**Pengisian program disediakan oleh Klinik Kesihatan WP Labuan (Pergigian).

08.02.2013
Jumaat
·         Pemeriksaan kuku.
·         Pertandingan marathon urus diri.
·         Aktiviti memberus gigi.
·         Pengenalan kepada bahan dan peralatan membersihkan rumah dan pakaian.
·         Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang (Pertandingan).


Kertas Kerja : sila klik gambar di bawah untuk download



~ Jangan kau pandang bibir yang manis itu, kelak ia bisa meracun mu ~

No comments:

Post a Comment