Selamat datang buat Cikgu Nurita Binti Juslin sebagai Guru Pendidikan Khas Integrasi PPKI SKRR yang baru.
Beliau sebelum ini bertugas sebagai Guru Pendidikan Khas Integrasi di PPKI SMK Mutiara.
Beliau bertukar ke PPKI SKRR adalah kerana mengikut opsyen.
Beliau berasal daripada Beaufort, Sabah. Beliau memulakan karier sebagai GPKI pada 22.03.2010, tetapi telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam semenjak 03.01.2006.
PPKI SKRR mengucapkan Selamat maju jaya.
Semoga PPKI SKRR akan bertambah gemilang dengan kehadiran beliau.
Selamat Datang buat Cik Ummi Kalsom Binti Mohamad Suddin.
Beliau merupakan Guru Pelatih DPLI JQaf Pendidikan Khas, IPGM Kampus Kent, Tuaran Sabah.
Beliau berasal daripada Kelantan.
Semoga kehadiran beliau di PPKI SKRR ini memberi manfaat berguna kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
PPKI SKRR mengucapkan Selamat menjalani pengajian dan pekerjaan sebagai ustazah di PPKI SKRR. Semoga berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang sekaligus dapat berbakti kepada murid-murid PPKI SKRR.
___________________________________________________
yang pipih tidak akan datang melayang
yang bulat tak akan datang bergolek
No comments:
Post a Comment