..Selamat Datang Ke Blog Rasmi PPKI SK Rancha-Rancha, WP Labuan.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Thursday, 16 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU


Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji 
Mendidik dan memimpin, putra-putri negara kita
Pada seri paduka, kami sumpahkan setia
Rukun negara kita, jadi panduan kami semua
Di bidang pembangunan kami tetap bersama
Membantu, membina negara yang tercinta
Amanah yang diberi, kami tak persiakan
Apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan

Amat bermakna lagu "Kami Guru Malaysia".. bait-bait ayat yang ada dalam lagu tersebut memang merupakan sumpah seorang guru untuk melahirkan modal insan yang bermakna walaupun tidak pada negara tapi cukup sekadar dapat mandiri, berkemahiran dan menghargai diri sendiri..

Pada 16 Mei 2013 semua guru PPKI SKRR tidak terkecuali dalam sambutan hari guru. Tema hari guru tahun ini adalah
"Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda"
Sambutan ini diadakan bersama dengan guru-guru aliran perdana. Walaupun, dalam masa yang singkat, majlis yang penuh ringkas ini berlangsung dalam suasana harmoni dan meriah. Murid PPKI bersama murid aliran perdana sama-sama memeriahkan majlis sambutan ini. Inilah yang dinamakan integrasi.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar yang sepanjang program tersebut berlangsung.

 
Pentadbir sekolah memotong kek Sambutan Hari Guru 2013

Kek Sambutan Hari Guru 2013


Guru-guru lelaki SKRR memotong kek

Guru-guru perempuan SKRR memotong kek 


 
Sesi bersalaman murid-guru

Guru-guru PPKI SKRR menerima cenderahati hari guru daripada Tuan Guru Besar
"Terima Kasih Cikgu"





Biarku menjadi lilin.. memberikan cahaya.. terangi sekeliling dengan diri terbakar.. taksiapa yang sedar.. disaat kegelapan.. rela aku berkorban.. demi satu harapan..


___________________________________________________
jika takut dilambung ombak, 
jangan berumah di tepi pantai

Tuesday, 7 May 2013

KARNIVAL PERMAINAN ~ KEJOHANAN BOLA JARING

07 Mei 2013 bersamaan hari selasa bertempat di Gelanggang Bola Jaring, Kompleks Sukan WP Labuan telah diadakan Kejohanan Bola Jaring Pendidikan Khas Peringkat WP Labuan bermula jam 7.00 pagi. PPKI SKRR telah mengantar satu pasukan yang dianggotai oleh 4 orang murid PPKI SKRR, seorang murid PPKI SK Pekan Satu dan dua orang murid PPKI SK Pantai. Peminjaman pemain ini adalah kerana PPKI SKRR hanya mempunyai 5 orang murid perempuan.

PPKI SKRR telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan ini. Tahniah.. semoga kejayaan akan dapat dipertingkatkan di masa akan datang.

Ketua Pasukan : Pn. Liza Atiu
Jurulatih : Pn. Nurita Binti Juslin dan Cik Ummi Kalsom Binti Mohamad Suddin
Peserta : Adik Nur Ashella, Nuramisyah dan Nur Fathirah Suriana.

Gambar peserta bersama Jurulatih dan Ketua Pasukan

Gambar sepanjang permainan


Murid lelaki datang sebagai Pasukan Sorak dengan pemantauan pembantu pengurusan murid dan ibu bapa